Home » » Rosli Dhoby - Kisah di Astro bulan Mac 2008

Rosli Dhoby - Kisah di Astro bulan Mac 2008

Pada hujung tahun lalu pihak astro telah berhubung dengan saya melalui maklumat dalam laman web ini tentang penulis Buku Rosli Dhoby, mereka handak menghubungi En Rudi. Beliau adalah penulis buku Rosli Dhoby. Semua telah berjalan dengan lancar. Saya juga telah memberi maklumat tentang En Bolhassan Ainie anak saudara Rosli Dhoby.

Pihak astro telah membuat dengan jayanya pengembaraan kisah Rosli Dhoby di Sibu pada hujung tahun 2007. Ia dijangka disiarkan pada bulan Mac 2008 ini dijangkakan sebanyak 4 episod. Saya sungguh kagum dengan cara mereka bekerja kerana mendokumenkan sejarah penting Sarawak. Walaupun saya terdengar rintihan dari mereka tentang kerjasama untuk mendapatkan maklumat-maklumat. Nampaknya mereka telah berjaya. Saya ingin ucapkan tahniah.

Saya juga berkesempatan menghadiri majlis Tahlil yang dibuat oleh pihak Astro di hotel Zuhra, Sibu dan di hadiri oleh keluarga Rosli Dhoby. Majlis itu di hadiri lebih kurang 40 orang keluarga dan persatuan veteran Sibu.

Pada bulan kemerdekaan lalu video ringkas Rosli juga disiarkan di RTM1.

Jika anda nak lihat tapak peristiwa pembunuhan tersebut dan perkembumian semula Rosli Dhoby dan rakan-rakan di Sibu. Boleh pergi ke laman web. dibawah.

www.desaguru.com.
Share this article :

1 comments:

Anonymous said...

I watched the 'Warkah terakhir' Astro series on channel 5.Tahniah to the producer and director of the film series.They have done a good job esp maintaining the originality of the story by adopting the Sarawak Malay dialect in their script.It is an eye opener for the young people who want to know the struggle of the people of Sarawak to seek Independence from colonial power .Regarding the historical fact as to whether the late Rosli Dhoby is a hero or not , is difficult to draw a clear conclusion .
Abdullah ,Kuching

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger